Monday, 16 February 2015

Bunda sayangku , Bapa Wiraku

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sahabatku yang ku sayangi dan saya
hormati. Alhamdulilah, dengan izinNya jua Allah beri saya kesempatan untuk menulis dan berkenalan bersama kalian. 

Ibu dan bapa adalah anugerah Allah buat hambaNya yang bernama anak. 
Bersyukurlah jika kita mempunyai kedua-duanya masa ini kerna tidak semua yang memiliki ibu atau bapa mahupun keduanya, dan yang perih lagi tidak pernah menatap sama sekali wajah kedua ibubapa mereka apatah lagi mengucupnya dan bersalaman. Mereka ibarat bulan yang menyinari malam, ibarat mentari menceriakan dunia, tanpa bulan dan bintang apalah erti dunia dan tanpa ibu dan bapa suramlah semua. Kerna seorang anak dambakan sentuhan, sentuhan kasih sayang yang menggegarkan dunia, dunia yang penuh memaknakan diri akan erti kebaikan dan mengetahui keburukkan yang perlu dihindarkan. Akan tetapi... Kita tanya dan bisikkan hati kita dalam-dalam, apakah sudah kita meyayangi mereka ? Dan melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang anak? Soal semula diri kita.


"Ma pa, mahu ini, mahu itu". Dengan nada kasih sayang bunda bapa kata " awu lai, nanti bapa belikan, nanti mama belikan sayang". Lemparan senyuman mereka sungguh manis dan cantik terserlah di dunia ini. Disebalik senyuman mereka, kita tidak tahu apa yang bersarang dilubuk hati mereka yang dalam. Inilah mereka. Bunda dan ayah kita. Mereka sentiasa memberikan yang terbaik buat anaknya apapun caranya. Tetapi persoalannya sekarang, apakah kita tahu tentang kesusahan mereka? Adakah kita tahu betapa besarnya pengorbanan mereka kepada kita? Dari kita  masih kecil dan  dalam keadaan merangkak, tidak tahu makan minum sendiri namun adanya kasih sayang mereka kita berdiri disini menjadi seseorang yang bernama 'manusia'. Apakah kita sadarinya selama ini? Adakah kita mensyukuri? Tepuk dada tanya diri sendiri. 

Apabila kita sudah mengenal dunia, kita  juga tetap seorang insan yang berdarah muda dan mentah dengan kehidupan sebenar. Kebanyakkan kita akan terpesona dengan kawan kita, pendamping kita, iaitu keseronokkan. Keseronokkan yang selalunya membuatkan kita hanyut dilautan leka, yang pada akhirnya akan melemaskan diri kita dan menyesatkan kita dimana tempat yang harus dituju dan begitu juga menemui jalan pulang. Jika kita bernasib baik, kita akan menyedari dan berpatah balik bagi menngambil peluang kedua. Nasib tak baik, tak tahu apa jadinya. 

Bunda akan selalu meleter, ayah pula akan selalu berdiam diri . Bukan  bermakna meleter itu tiada nilai sehabukpun, bukan berdiam diri itu bermaksud megayam bini, tetapi berbalik kepada hati. Kelakuan luaran terkadang tidak menggambarkan maksud dalam hati sebenar.  Mereka tetap mahukan yang terbaik. Mereka tahu teguran mereka bermaksud. Iyalaahh.. kenapa kita tak mampu buat mereka gelak ketawa berbanding mereka bermasam muka? :) senyumlahh, jangan pula kita marah kepada mereka, mereka itu hebat tau tak.. Mereka marah, mereka bermasam muka, mereka tahu apa yang terbaik buat kita, mereka sayang kita sebenarnya. Dengarlah kata mereka meski kita tak pernah setuju, dengarlah dan ikutlah kata mereka , kerna restu kita dibawah restu mereka.. Melainkan sesuatu yang melanggar syariat kita.. Bunda tidak mau anaknya berkesudahan dengan kesudahan yang menyedihkan masa depan manakala ayah tak juga mahukan anaknya terjatuh kejurang kelemasan. Dunia sifatnya sementara, masa begitu singkat, dan ilmu juga begitu cetek untuk dibawa sama walaupun jauh tahap pembelajaran berbanding dengan pembelajaran ayah ibu kita kerna kita perlukan pengalaman dan 'role model', yang boleh memimpin keluarga suatu masa nanti. Itulah ibu dan ayah ... Hormati mereka, meski diorang tak sepandai kita, meski mereka tidak berkelulusan seperti kita, mereka tetap yang terhebat. Sentuhan kasih sayang ibu bapa adalah pembawa berkat disebalik kejayaan kita dan perjuangan bunda dan ayah kita adalah nadi yang membikin diri kita bakal menjadi luarbiasa serta bakal menerti dan mengenal dunia dan akhirat. Mereka adalah pahlawanku yang menegakkan semangat dan tidak membiarkan diri rapuh ditenggelam lautan.

Adamfurqan
16 Februari 2015

No comments:

Post a Comment